IPOH: Seramai 23 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand antara 71 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Sungai Siput. Tangkapan tersebut dijalankan hasil pemeriksaan terhadap 133 individu dalam operasi bermula pukul 4 petang semalam hingga 3 pagi tadi. Timbalan Pengarahnya, Sharmanrizal Rustam berkata, daripada jumlah itu, seramai 35 tangkapan membabitkan lelaki manakala 36 orang…