SHAH ALAM: Seramai 106 pemain kanak-kanak dan remaja dari 16 buah negara akan menyertai kejohanan US Kids Golf Malaysian Championship 2024 pada 5 hingga 7 Mac ini. Mereka akan berkampung di Kelab Golf Glenmarie selama tiga hari itu untuk merebut slot ke kejohanan dunia di Pinehurst, Utara Carolina Julai depan. Pengarah Eksekutif Sports Excel C. Sivanandan berkata, pemain perlu mendapatkan skor 140 ke bawah dalam dua pusingan bagi melayakkan mereka…