TAPAH: Seramai 13 lagi warga asing yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini kelmarin, berjaya ditahan dalam operasi petang ini. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua lelaki itu diberkas dalam kawasan kebun jambu di Kampung Senta, Bidor. “Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditangkap dalam operasi masuk hari ketiga itu ialah seramai 37 orang,” katanya. Terdahulu, media melaporkan seramai 131 warga asing…










