Wawa Zainal muntah darah ketika mengerjakan umrah - Utusan Malaysia

Wawa Zainal muntah darah ketika mengerjakan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepenatan melampau menyebabkan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, muntah darah ketika di Mekah.

Berita itu dikongsikan pelakon Sabda Kekasih itu menerusi Instagram, memaklumkan tubuhnya lemah dan sukar bangun.

“Alhamdulillah selesai menunaikan umrah semalam. Pagi tadi saya sakit sehingga tidak mampu bangun. Mungkin sebab panas dalam sehingga muntah darah.

“Saya banyakkan berdoa agar cepat sembuh supaya boleh menunaikan umrah bersama pasukan. Alhamdulillah semua dipermudahkan,” tulisnya.

Wawa dalam masa yang sama mengesahkan dirinya bebas jangkitan Influenza setelah melakukan pemeriksaan kendiri.

“Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tidak boleh bawa berbincang.

“Mungkin letih akibat banyak aktiviti bertubi-tubi dari Sabah, kemudian ada kerja bersama pasukan dan terus ke sini (Mekah).

“Badan pula sudah 30-an tapi perasaan macam 20-an yang ingat boleh buat semua perkara,” katanya.

Wawa berangkat ke Tanah Suci dua hari lepas ditemani suami, Aeril Zafrel dan pasukan usahawannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN