Tidur dalam perahu setiap kali banjir

Tidur dalam perahu setiap kali banjir

AZIZ Jamaludin Md. Tahir (berdiri tiga dari kiri) bersama penerima sumbangan bantuan Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia di surau Kampung Derdap Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang warga emas menjadikan perahu sebagai tempat tidur setiap rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong di sini ditenggelami banjir.

Omar Awang Kechik, 80, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia sudah lali dengan situasi tersebut.

Menurutnya, dia bimbangkan keselamatan harta benda jika berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Alah bisa tegal biasa. Lagipun hidup saya sudah sebati dengan banjir. Tetapi sebelum banjir saya akan pastikan bekalan makanan sentiasa cukup,” katanya pada pemberita selepas Penyampaian Bantuan Kepada 30 Asnaf Mangsa Banjir oleh Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW) di Kampung Derdap di sini hari ini.

Seorang lagi penerima, Taib Awang Kechik, 82, memberitahu, setiap kali banjir dia tidak berpindah meskipun rumahnya dimasuki air.

“Saya bimbang nak tinggalkan rumah. Kalau pindah pun hati jadi tidak senang memikirkan harta benda di rumah,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi OMIW, Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, sumbangan barang keperluan dapur dan wang tunai itu bertujuan meringankan beban mangsa banjir.

Katanya, beliau berharap sumbangan ini dapat menceriakan golongan asnaf di sebalik musibah banjir yang menimpa mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya