SEREMBAN: Kes kematian membabitkan seorang doktor gigi dan suaminya dengan mayat mereka ditemukan di dalam rumah di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini, kelmarin, masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini juga mendapati keputusannya masih belum dipastikan. Menurutnya, bedah siasat sudah dijalankan di HTJ pagi…