Terberg Tractors lancar ibu pejabat baharu - Utusan Malaysia

Terberg Tractors lancar ibu pejabat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (TTM) sebuah syarikat usaha sama di antara Sime Darby Industrial Sdn Bhd (Sime Darby Industrial) dan Royal Terberg Group BV yang berpengkalan di Belanda, melancarkan ibu pejabatnya yang baharu dan inovatif untuk rantau Asia Pasifik di negara ini.

Pembukaan tersebut juga menyaksikan TTM mampu mengalami pertumbuhan ketara menerusi perniagaan traktor terminalnya untuk Malaysia dan Rantau Asia Pasifik dalam beberapa tahun akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TTM, Boo Wei Ching, segmen traktor terminal dijangka berkembang dengan anggaran Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) sebanyak 4.5 peratus hingga 9 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Kami berbesar hati melancarkan ibu pejabat Asia Pasifik di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan di rantau ini.

“Memandangkan TTM terus mendapat manfaat daripada peningkatan penekanan kawal selia dan pematuhan ke arah mencapai neutraliti karbon, kami kekal yakin dengan pengembangan dan pertumbuhan pasaran syarikat,” katanya.

TTM telah mengalami pengembangan hasil yang mantap sejak mula beroperasi di negara ini sejak tahun 2005.

Pada November 2022 pula, ia berjaya melancarkan traktor terminal elektrik berkuasa bateri sepenuhnya yang pertama di Malaysia dengan Model YT200EV, kini digunakan secara meluas dan merupakan produk pilihan pelanggan di rantau Asia Pasifik.

Ibu Pejabat baharu TTM yang terletak di Puchong bukan sekadar ruang kerja tetapi juga merupakan hab dinamik yang menggabungkan keselesaan rumah dengan fungsi pejabat yang canggih.

Langkah strategik ini bertujuan untuk memupuk hubungan dan kerjasama yang lebih erat serta mewujudkan ruang interaksi yang sejajar dengan trajektori pertumbuhan TTM.

Tambah Boo Wei Ching, ruang kerja baharu akan mewujudkan sinergi yang tinggi di antara jabatan utama yang ditempatkan pada tingkat sama.

Ia bakal mencipta nilai, meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan. Ibu pejabat ini adalah bukti dedikasi TTM terhadap kelestarian dan inovasi di samping menyediakan persekitaran yang memberi inspirasi kepada pasukannya.

TTM merupakan sebuah syarikat multinasional Malaysia tempatan, peneraju pemikiran dan pembekal global traktor terminal yang mantap dan cekap, khusus dalam penyelesaian terkini sektor logistik.

Ia berjaya menempatkan diri di 42 buah negara di seluruh dunia, TTM telah kukuh sebagai peneraju industri, berinovasi sebagai traktor terminal elektrik berkuasa bateri sepenuhnya yang canggih.

Di samping menggabungkan penyelesaian mobiliti autonomi yang disokong melalui pengupayaan teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN