PASIR PUTEH: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak adalah inisiatif untuk menjadikan kedua-dua negeri itu sebagai jelapang padi kedua negara pada masa hadapan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu dilakukan ketika Kedah dan Kelantan masing-masing memainkan peranan sebagai jelapang padi utama negara melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Menurut…










