Tak peduli dan tak ambil tahu - Aiman - Utusan Malaysia

Tak peduli dan tak ambil tahu – Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontroversi semakin meruncing membabitkan pelakon, Fathia Latiff, 36, yang semakin hebat dikecam netizen ketika ini.

Bintang drama Ariana Rose itu, pada semalam terus mencuri tumpuan selepas memuat naik di Instagramnya artikel lama sebuah akhbar tempatan bertajuk Masih Sayang Fathia berkenaan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Pelakon tersebut turut menulis kapsyen berbaur sindiran, bik bik bik is that bik? pada perkongsian itu.

Pendekatan Aiman dan isterinya, Nur Zahirah Mac Wilson yang terus tidak melayan serangan yang ditujukan kepada mereka selayaknya diberi pujian.

Aiman yang sebelum ini pernah diminta mengulas tentang perkara sebegini, memaklumkan tidak akan sesekali memberikan perhatian apatah lagi melayan sebarang gangguan yang ditujukan kepada dia dan keluarganya.

“Ada yang masih terperangkap dengan cerita silam. Kalau pun kita nak ikuti sejarah, adalah lebih elok kita kaji sejarah negara berbanding sejarah lampau selebriti yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

“Pada saya, tiada apa yang indah tentang perkara lepas untuk saya kenang. Dan cerita-cerita lama bukan perkara yang perlu saya borakkan.

“Saya tak peduli dan tak ambil tahu apa tentang perkara silam. Ia sudah tak penting untuk saya. Saya tak kisah apa orang nak cakap, cuma saya minta tolong hormat (perasaan) keluarga saya,” katanya sebelum ini.

Fathia berdepan serangan netizen secara berjemaah selepas pelakon tersebut, menerusi sesi live di media sosialnya baru baru ini menggelar Zahirah seperti bibik (pembantu rumah) selain menyifatkan Aiman lelaki tak berduit.

Isu berkenaan terus panas dengan campur tangan pelakon Zarina Anjoulie yang mendedahkan sudah memutuskan hubungan persahabatan dengan Fathia kerana dakwanya pelakon itu berhati busuk.

Dalam pada itu, pakar psikologi, Siti Azura Bahadin meminta netizen berhenti melakukan provokasi terhadap Fathia yang disifatkan mengalami gejala kecelaruan emosi dan meminta rakan terdekatnya membawa pelakon itu segera mendapatkan rawatan pakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN