Selangor sedia RM13 juta perkasa pendidikan negeri - Utusan Malaysia

Selangor sedia RM13 juta perkasa pendidikan negeri

Pendidikan Selangor
MOHAMAD Zahri Samingon (tengah) melawat pameran robotik pada Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor dekat Pusat Konvensyen Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersama anak syarikatnya, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memperuntukkan RM13 juta bagi memperkasakan pendidikan di negeri ini melalui pelbagai program termasuk tuisyen rakyat dan baik pulih sekolah.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan, Mohamad Zahri Samingon berkata, jumlah peruntukan tersebut diberikan melalui enam program yang diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Yang pertama, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) iaitu peruntukan RM10 juta, RM3 juta daripada kerajaan negeri manakala RM7 juta daripada MBI.

“Yang kedua adalah peruntukan bagi membaiki infrastruktur beberapa buah sekolah, iaitu berjumlah RM1 juta,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Tekad Pendidikan #KitaSelangor, hari ini.

Beliau menambah, kesemua itu akan diagihkan bermula tahun ini, namun peruntukan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa buah sekolah berjumlah RM500,000 sudah pun diagihkan pada tahun lalu.

Bagi memperkasakan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan beberapa program berkaitan empat pendidikan ini.

“Negara memerlukan graduan STEM untuk membantu mencari penyelesaian bagi pelbagai masalah global seperti perubahan iklim, PTRS sesebuah penyakit, menyelesaikan jenayah siber dan lain-lain lagi.

“Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian dan komited kepada usaha pemerkasaan STEM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya