PETALING JAYA: Isham Jalil mendakwa cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Penggal Tetap Parlimen adalah untuk kepentingan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ahli-ahli politik lain dalam kerajaan dan bukannya untuk kepentingan rakyat. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Ahmad Zahid mungkin takut jika kerajaan bertukar menyebabkan beliau hilang kuasa dan jawatan, malah kembali didakwa di mahkamah atas pertuduhan jenayah terhadapnya. “Saya lihat RUU seperti dicadang bukanlah…