Rogol 2 anak: Penjara 428 tahun, 240 sebatan diketepi

Rogol 2 anak: Penjara 428 tahun, 240 sebatan diketepi

SEORANG bapa dihukum penjara 428 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 20 September 2022 atas 28 pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Melaka mengetepikan hukuman penjara 428 tahun dan 240 sebatan terhadap seorang bapa atas 28 kesalahan seksual iaitu merogol, seks menggunakan objek, seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap dua anak kandungnya.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membenarkan rayuan bekas penyelia syarikat pemegang pelaburan itu terhadap hukuman dan menggantikannya penjara 37 tahun dan 24 sebatan maksimum.

Pada 20 September 2022, Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menjatuhkan hukuman penjara 428 tahun dan 240 sebatan atas semua kesalahan itu. Hukuman diperintahkan berkuat kuasa serentak menjadikan lelaki itu hanya menjalani hukuman penjara 46 tahun.

Hakim Mohd. Radzi me­ngurangkan jumlah hukuman penjara selepas berpuas hati 46 tahun itu merupakan tempoh melampau setelah mengambil kira faktor usia dan keadaan fizikal serta kesihatan perayu.

“Mahkamah berpendapat perayu harus diberi peluang menikmati kebebasan ketika sisa hidupnya apabila keluar penjara dalam usia 81 tahun yang mana kemungkinan dia menjadi ancaman kepada masyarakat adalah kecil.

“Mahkamah berpendapat ke­mungkinan perayu boleh me­ngancam anak-anaknya yang sudah dewasa dan masyarakat pada usia lanjut adalah rendah,” demikian menurut penghakiman bertarikh 2 Januari lalu yang diperoleh pihak media semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nariman Badruddin atas 21 pertuduhan merogol, lima pertuduhan melakukan seks mengunakan objek dan masing-masing satu pertuduhan seks luar tabii dan amang seksual fizikal.

Kesemua kesalahan dilakukan antara 24 September 2015 dan 5 September 2022 ketika kedua-dua mangsa mencecah usia 12 tahun di rumah mereka.

Hakim Mohd. Radzi berpuas hati perayu tidak diprejudiskan ketika hakim bicara menerima keterangan laporan bertulis Kenyataan Impak Mangsa (VIS) tanpa terlebih dahulu menerima permohonan mangsa dan keluarganya.

Hakim Mohd. Radzi ba­gaimanapun berpandangan, VIS hanya untuk membantu mahkamah memahami kesan dan akibat kesalahan dilakukan terhadap kehidupan mangsa dan keluarganya selain penca­bulan tubuh mangsa kanak-kanak oleh bapa kandung merupakan aib besar kepada mana-mana mang­sa dan keluarganya.

“Tidak susah untuk memba­yangkan cabaran dihadapi oleh anak yang masih muda untuk memberi gambaran lisan dalam mahkamah terhadap apa yang dilaluinya.

“Dalam hal ini, kesalahan dilakukan berulang kali dan mahkamah percaya kehadiran mangsa untuk memberi kete­rangan secara lisan sangat membebankannya dan keluarga dari segi mental dan emosi,” ujar hakim berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya