PETALING JAYA: Risiko rakyat Malaysia mendapat kanser dijangka bertambah dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding ketika ini sekali gus berkemungkinan menyaksikan peningkatan drastik kes kanser dalam tempoh tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengurusan Kanser Malaysia (Cancercare), Amin Ali Sidik berkata, unjuran itu adalah berdasarkan kajian yang sedang dijalankan berkaitan pelbagai faktor risiko yang rakyat Malaysia terdedah. Menurut Amin Ali, antaranya pencemaran termasuk pencemaran makanan,…