Polis buka kertas inkuiri berkaitan laporan terhadap kenyataan Koo Ham - Utusan Malaysia

Polis buka kertas inkuiri berkaitan laporan terhadap kenyataan Koo Ham

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak menerima sebanyak 16 laporan berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengenai cadangan orang bukan Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semua laporan itu telah pun dirujuk kepada polis Kuantan ekoran laporan pertama kes tersebut dibuat di sana.

“Kita buka kertas inkuiri (KEP) berkaitan laporan polis terhadap kenyataan Koo Ham. Setakat ini ada 16 laporan dibuat di Perak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Sebelum ini, Koo Ham menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam, yang ditubuhkan Disember lalu.

Beliau menjelaskan langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Sebelum ini, jawatankuasa berkenaan bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Kenyataan Koo Ham itu menerima pelbagai maklum balas dan desakan sehingga beliau akhirnya tampil memohon maaf dan menarik balik cadangannya melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Beliau mengakui tidak mempunyai niat untuk mencampuri urusan hal ehwal Islam dan hanya membuat cadangan tersebut supaya jawatankuasa itu mengambil kira pandangan semua pihak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN