PN tidak terkesan dakwaan perpecahan Bersatu

PN tidak terkesan dakwaan perpecahan Bersatu

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan perpecahaan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memberi kesan kepada Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini kerana PN sentiasa mendapatkan pandangan semua rakan komponen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Justeru, katanya, sebarang pendirian yang dibuat PN dilakukan secara bersama antara semua parti komponen.

“Tidak betul katakan perpecahan di PN. Di bawah Majlis Tertinggi, kita ada mesyuarat. Tiap-tiap mesyuarat kita berikan pandangan, cadangan dan membuat keputusan bersama.  

“Contoh, semasa lantik ketua pembangkang. Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu jadi, sepatutnya tengok hieraki itu adalah Pas kerana bilangan ahli Parlimennya lebih dari Bersatu, tetapi Pas mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Jadi tidak ada isu-isu perpecahan di PN, malah saya nampak ialah kekuatan kita (walaupun) memang ada pandangan berbeza, kita boleh bincang dan buat keputusan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas sama ada wujud perpecahan dalam PN selepas kepemimpinannya dinaungi Bersatu.

Ia susulan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebelum ini mendakwa, Bersatu ketika ini mempunyai dua kem dengan sebahagian besar Ahli Parlimen parti itu mahu Hamzah yang juga Setiausaha Agungnya menggantikan Muhyiddin.

Namun, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilapor berkata, mesyuarat MPT sebelum ini sebulat suara mendukung dan mempertahankan kepemimpinan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya