Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma 50 jam

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma 50 jam

ANTHONY Loke (dua dari kiri) dan Chow Kon Yeow (kanan) ketika mengumumkan perkhidmatan feri percuma sempena Thaipusam di Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Penduduk Pulau Pinang berpeluang menggunakan perkhidmatan feri secara percuma selama 50 jam menjelang perayaan Thaipusam pada 25 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan feri percuma itu akan bermula seawal pukul 12.01 tengah malam pada 24 Januari dan berakhir pukul 2 pagi pada 26 Januari.

“Perkhidmatan feri ini akan beroperasi selama 24 jam buat kali pertama dan ia diharap dapat memudahkan pergerakan penganut agama Hindu khususnya serta mereka yang ingin ke pulau tanpa perlu menaiki kereta.

“Selain perkhidmatan feri, khidmat bas pengantara juga akan disediakan secara percuma sepanjang tempoh berkenaan dengan destinasi akhir (bas) ialah di Waterfall Temple,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, inisiatif perkhidmatan pengangkutan awam percuma itu bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam khususnya sempena musim perayaan.

“Dalam setahun memang ada beberapa hari kita akan bagi perkhidmatan ini (feri) secara percuma.

“Kita akan jadikan ini (perkhidmatan feri percuma sempena Thaipusam) sebagai percubaan dan sekiranya berjaya, kita akan gunakan pendekatan yang sama untuk perayaan-perayaan lain selepas ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Anthony berkata, projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Semalam kita telah bermesyuarat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai projek ini.

“Beliau juga telah arahkan MOT (Kementerian Pengangkutan) untuk menyediakan memorandum jemaah menteri untuk dibawa ke Kabinet untuk diluluskan dari segi pelaksanaannya,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya