Perkeso disaran bina tiga pusat rehabilitasi baharu

Perkeso disaran bina tiga pusat rehabilitasi baharu

STEVEN Sim Chee Keong dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh melihat seorang pesakit memakai kaki palsu sewaktu lawatan kerja ke Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disaran membina tiga lagi pusat rehabilitasi baharu termasuk di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, cadangan itu dibuat agar Perkeso boleh mengembangkan perkhidmatan berkenaan ke seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini hanya Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak, Ayer Keroh di sini satu-satunya yang beroperasi manakala dua lagi di Ipoh, Perak dijangka siap dibina tahun ini dan disusuli dengan Terengganu.

“Saya telah meninjau beberapa kemudahan dan berasa amat bangga kerana pusat ini yang berusia 10 tahun siap dibina pada 2014 telah memberi manfaat kepada pencarum dan bukan pencarum.

“Saya juga ingin lihat tiga lagi pusat baharu dapat dibina dalam tempoh lima tahun termasuk di Sabah dan Sarawak, kerana setakat ini tiga pusat yang ada semuanya berada di Semenanjung,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak hari ini.

Tambah Steven Sim, Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 15,000 pencarum dan bukan pencarum untuk menjalani pemulihan selepas terbabit dalam kemalangan atau sakit sewaktu bertugas.

Menurutnya, ia berjaya memulihkan 70 peratus atau 10,000 pesakit untuk kembali bekerja selepas menjalani rawatan pemulihan.

“Semasa meninjau saya sempat bertemu dengan seorang pesakit dari Australia yang datang ke sini untuk membuat rawatan dan dia mengakui pusat ini mempunyai kemudahan lebih baik dari negaranya.

“Ia akan dinaik taraf terutama membabitkan bilik-bilik asrama dan pembinaan sebuah bangunan baharu pusat neuromodulasi tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya