ISTANA lama Raja Muda Perak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, Perak tetap dijaga dengan kawasan persekitarannya dipastikan sentiasa bersih terutama penjagaan rumput.
Difahamkan, bagi memastikan istana lama yang pernah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak suatu masa dahulu, rumputnya dipotong setiap bulan oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah.
Begitupun, ramai yang tertanya-tanya nasib bangunan istana lama itu yang sebelum ini pernah menjadi isu apabila ada cadangan tanah di situ dibuka untuk jualan secara tender terbuka, namun dibatalkan kerajaan negeri berikutan bantahan ramai.
Sejak penjualannya dibatalkan, ramai berharap istana lama itu dibangunkan semula atau dinaik taraf untuk dijadikan destinasi pelancongan, namun sehingga kini masih tiada sebarang perubahan. – UTUSAN










