BANGI: Kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing hanya untuk sektor perladangan bagi menampung permintaan 40,000 tenaga buruh dalam bidang tersebut. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, namun kebenaran itu perlu dipastikan seiring peraturan ketat termasuk mematuhi spesifikasi digariskan kerajaan dan bilangan pekerja yang diperlukan. Katanya, mana-mana syarikat ladang yang membawa masuk pekerja asing perlu memohon kepada Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkenaan akan memastikan tempat tinggal dan…










