Paip bocor, gangguan air hanya libatkanr daerah Barat Daya

Paip bocor, gangguan air hanya libatkan daerah Barat Daya

CHOW Kon Yeow (tengah) melihat pelan melibatkan pembekalan air susulan satu lagi kebocoran dikesan di saluran paip bawah air di Sungai Perai, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Gangguan bekalan air susulan satu lagi paip bocor kali ini membabitkan saluran bawah air di Sungai Perai dekat sini, hanya akan melibatkan daerah Barat Daya dan tidak akan menjejaskan Seberang Perai serta kebanyakan kawasan di Timur Laut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, kebocoran paip di Sungai Perai itu dikenal pasti pukul 10 pagi tadi dan selepas penilaian, kebocoran berlaku pada beberapa bahagian baharu daripada pembaikan asal.

”Proses pembekalan air pada tekanan rendah masih lagi disalurkan sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

“Kawasan-kawasan yang telah memperoleh bekalan air tidak akan terjejas,” katanya di sini hari ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini memaklumkan satu lagi kejadian paip bocor telah dikesan di saluran paip bawah air di Sungai Perai.

Menurut PBAPP, pihaknya sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran untuk memeriksa sama ada ia berada di bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, penilaian kini menunjukkan paip sedia ada tidak lagi boleh dibaiki dan tindakan selanjutnya adalah untuk melencongkan paip sementara 900 milimeter (mm) merentasi jambatan Ampang Jajar di bahagian atas permukaaan sungai.

Tambahnya, pemulihan air untuk daerah Barat Daya juga akan diteruskan dan penduduk di kawasan itu dinasihatkan terus menyimpan air secukupnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya