Masalah rakyat tidak selesai, PM lebih fokus tindas musuh

Masalah rakyat tidak selesai, PM didakwa lebih fokus tindas musuh – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  sibuk memastikan musuh politiknya ditindas daripada menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat dan ekonomi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehidupan orang ramai semakin sukar dan Perdana Menteri tidak mampu untuk memberi penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat yang kian meruncing.

“Beliau nampaknya lebih sibuk memastikan musuh-musuh politik ditindas daripada menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Rakyat juga terkesan susulan kenaikan tarif elektrik, penarikan balik subsidi pukal dan kekurangan bekalan beras tempatan yang didapati masih berlaku.

“Sudah lebih setahun Kerajaan Madani memerintah, kehidupan rakyat semakin sukar. Semua ini adalah realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwa Muhyiddin, jumlah dagangan di bawah pimpinan Anwar juga menjunam pada Disember lalu apabila merekodkan kemerosotan sejak Mac, selain menurun kepada RM225.1 bilion berbanding RM231 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, nilai ringgit jatuh ke paras terendah semalam dalam 26 tahun iaitu 4.728 berbanding dollar Amerika Syarikat.

Bermula tahun ini, rakyat akan semakin terbeban dengan kenaikan cukai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta cukai-cukai baharu seperti Cukai Barangan Bernilai Tinggi pada kadar antara lima  hingga 10 peratus dan Cukai Barangan Bernilai Rendah yang dijual di dalam talian pada kadar 10 peratus,” katanya.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan musuh politik yang didakwa ditindas Anwar, namun kebelakangan ini pihak berkuasa menyiasat beberapa bekas pemimpin negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN