Mangsa banjir Sabah tinggal 99 orang

Mangsa banjir Sabah tinggal 99 orang

MANGSA banjir yang dipindahkan ke PPS SMK Pamol, Paitan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah kini tinggal 99 orang.

Jumlah itu menurun daripada 274 orang pada pagi semalam kepada 99 sehingga pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini, dua PPS masih dibuka di Daerah Kecil Paitan.

Dua PPS itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos yang menempatkan 99 orang mangsa daripada 42 keluarga.

Semalam, dua PSS ditutup iaitu di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Mamanjang di Sandakan dan Dewan Serbaguna Beluran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya