Mangsa banjir di Terengganu bertambah - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Terengganu bertambah

KANAK-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir di Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu. semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus bertambah kepada 96 orang daripada 31 keluarga pada pukul 4 petang ini berbanding 63 orang daripada 17 keluarga pada 8 pagi tadi.

Kemaman dan Setiu menjadi daerah terbaharu yang dilanda banjir di Terengganu dengan pembukaan empat pusat pemindahan sementara (PPS) pada tengahari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini terdapat lapan PPS yang beroperasi di tiga daerah iaitu empat di Dungun, dua di Setiu dan dua di Kemaman.

Menurutnya, empat PPS daerah Dungun ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang yang menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga, Balairaya Kampung Pelandang (18 mangsa, empat keluarga), Balai Raya Sura Lapangan Terbang (lapan mangsa, dua keluarga) dan Balairaya Jalan Teratai (lapan mangsa, dua keluarga).

“Di Kemaman pula, lima sekeluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Batu 9 Ibok manakala dua sekeluarga ditempatkan di Surau Kampung Ban Ho.

“Di Setiu, dua PPS yang beroperasi ialah Balairaya Kampung Seladang (30 mangsa, 14 keluarga) dan Balairaya Kampung Padang Serai Guntong Luar (enam mangsa, dua keluarga),” katanya.

Dalam pada itu, banjir di daerah Marang pula telah pulih sepenuhnya apabila semua tiga PPS daerah sudah ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengahari tadi.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiga sungai di dua daerah telah melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Di Setiu, dua sungai tersebut ialah Sungai Chalok di Jambatan Chalok yang merekodkan bacaan setinggi 8.58 meter berbanding paras bahaya 8.40 meter serta Sungai Nerus di Kampung Langkap setinggi 18.74 meter (paras bahaya 17.50 meter).

Satu lagi ialah Sungai Tersat di Kampung Sekayu (daerah Hulu Terengganu) yang merekodkan bacaan 22.29 meter (paras bahaya 21 meter).

Selain itu, empat sungai di tiga daerah pula kini merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping (Hulu Terengganu), Sungai Nerus di Kampung Bukit (Setiu) dan dua lagi di daerah Kemaman (Sungai Tumpat di Kampung Kemasik dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak).

Rekod JPS juga menunjukkan tiga lagi sungai pula melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (Marang), Sungai Besut di Jam yang Keruak (Besut) dan parit utama di Padang Kemunting (daerah Kuala Nerus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya