Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat

Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat

MURID tahap dua SK Pelak diangkut menggunakan Toyota Hilux kerana sekolah mereka dinaiki air banjir di Kampung Pelak di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang menunjukkan peningkatan, pagi ini.

Menurut perincian terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seramai 9,146 orang ditempatkan di 76 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 8,586 orang, malam tadi.

Di Johor, sejumlah 7,536 mangsa melibatkan 2,059 keluarga berlindung di 53 PPS di enam daerah.

Enam daerah itu ialah Kota Tinggi ( 4,448 mangsa); Johor Bahru (1,710 mangsa); Kluang (1,163 mangsa); Segamat (103 mangsa); Kulai (90 mangsa) dan Pontian (22 mangsa).

Di Pahang pula, seramai 1,610 mangsa membabitkan 454 keluarga berlindung di 23 PPS di tiga daerah.

Ia melibatkan 977 mangsa di 11 PPS di Pekan; Rompin (608 mangsa) dan 25 mangsa di satu PPS di Maran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya