KOM giat kesan atlet pelapis - Utusan Malaysia

KOM giat kesan atlet pelapis

SHAHIDAN Kassim pada Program Larian Ambang 2024 di Denai Larian Pangkalan Asam, Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang berusaha mencari lebih ramai atlet pelapis di peringkat akar umbi dalam memberi pendedahan awal kepada mereka.

Bagi tujuan itu, semua negeri telah diarahkan bagi mencari atlet pelapis dan menganjurkan lebih banyak pertandingan olahraga khususnya di peringkat kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penganjuran pertandingan olahraga perlu lebih diperhebatkan selepas ini dalam melahirkan lebih ramai atlet pelapis.

“Lebih banyak atlet pelapis yang dilahirkan itu bakal mewakili negara pada masa hadapan.

“Atlet-atlet terbaik yang dilahirkan dari pertandingan-pertandingan dianjurkan ini pastinya kita akan cadangkan mereka untuk ke sekolah sukan.

“Buat masa ini juga, KOM berada pada landasan terbaik dan kita sedang berusaha untuk mencari lebih ramai atlet pelapis ini,” katanya selepas Program Larian Ambang 2024 di Denai Larian Pangkalan Asam, di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai program berkenaan, Shahidan berkata, pihaknya menampilkan kelainan dengan menganjurkan aktiviti larian itu sebagai pengisian buat masyarakat di negeri ini bagi sambutan tahun baharu.

Menurutnya, walaupun ramai pihak masih bercuti namun program berkenaan masih mendapat sambutan begitu menggalakkan.

“Walaupun kita meraikan tahun baharu di Perlis secara sederhana namun sambutan diterima dalam program ini adalah luar biasa kerana mempunyai kelainan berbanding kebiasaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya