MUAR: Abang kepada seorang daripada tahanan rakyat Malaysia di Kem Guantanamo, Cuba berharap adiknya dapat dibawa pulang, seterusnya menjalani hukuman di negara ini. Menurut Najib Lep, 60, adiknya, Mohammed Nazir, 48, akan dibawa balik selepas dijatuhkan hukuman minggu hadapan apabila membuat pengakuan bersalah kira-kira 22 tahun ditahan di kem itu. Seluruh keluarganya di Muar dan Pagoh amat berharap Mohammed Nazir menjalani hukuman mengikut undang-undang di negara ini. “Nazir merupakan anak…










