Kelantan yakin tiada lagi masalah air jika naik tarif

Kelantan yakin tiada lagi masalah air jika naik tarif

MOHD. Nassuruddin Daud (kanan) menandatangani plak penyerahan rumah kepada johan tilawah peringkat antarabangsa Muhammad Qayyim Nizar Sarimi di Wadi Iman Eksklusif di Tanah Merah, Kelantan - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kerajaan negeri Kelantan optimis pelarasan tarif baharu mampu meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu itu juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna selepas ini.

Menurutnya, tarif baharu itu bukan hanya melibatkan Kelantan, sebaliknya ia dijalankan di kebanyakan negeri lain.

“Kita sudah kurang mendapat aduan berkaitan bekalan air sejak kebelakangan ini.

“Insya-Allah, pelarasan tarif air seperti yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan air kepada pengguna kelak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 di Wadi Iman Eksklusif Tanah Merah, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, orang ramai juga tidak perlu bimbang berikutan pengumuman pelarasan tarif air tersebut kerana ia tidak akan membebankan pengguna selepas kajian dibuat sebelum pelaksanaannya.

“Tarif air juga sudah lama tidak dinaikkan sejak 2013. Kerajaan negeri akan melihat kesesuaian mengikut pelarasan yang ditetapkan di seluruh negara,” katanya.

Berkuat kuasa 1 Februari ini, tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu iaitu purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Pelarasan itu dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya