KUALA LUMPUR: Kontroversi pembatalan konsert dan penipuan yang menghimpit Noraniza Idris, 56, tahun lalu masih meninggalkan luka dan trauma kepada penyanyi tersebut. Noraniza, yang terkenal dengan jolokan Ratu Etnik Kreatif itu mengakui kekal terkesan namun cuba membina semula keyakinan selepas diserang bertalu-talu gara-gara insiden terbabit. “Ada satu ketika, saya ibarat hilang iman sampai berputus asa dengan kehidupan. Sehingga sekarang saya masih was-was, takut berhadapan media. “Dengar perkataan konsert pun membuatkan…