HAVANA: Dua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat dalam kem tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba akan dibawa pulang selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam pengeboman Bali pada 2002. Kejadian itu mengorbankan lebih 200 orang. Selepas pengakuan bersalah itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman minggu hadapan dan mereka dijangka dibenarkan menjalani hukuman di Malaysia. Terdahulu, Mohammed Nazir Lep, 47, dan Mohammed Farik Amin, 48, tiba di Mahkamah Pangkalan Tentera…










