Dua lelaki terjun sungai lari daripada polis diburu - Utusan Malaysia

Dua lelaki terjun sungai lari daripada polis diburu

ANGGOTA bomba membantu mencari dua lelaki yang dipercayai terjun di Sungai Dungun selepas melarikan diri daripada polis berhampiran Jambatan Kuala Dungun, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Usaha memburu dua lelaki yang dipercayai terjun ke Sungai Dungun selepas melarikan diri daripada polis, sedang giat dilakukan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, gerakan memburu kedua-dua suspek dilakukan di sepanjang kawasan tebing berhampiran Jambatan Kuala Dungun serta kawasan semak berdekatan.

“Kita turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dungun untuk mencari suspek di sungai.

“Kita mencari suspek di sepanjang sungai berikutan suspek dilihat mengapungkan diri dan menghampiri kawasan tebing,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, tiga suspek yang menaiki lori jenis Isuzu bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota polis kira-kira 100 kilometer.

Bagaimanapun, seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala dua lagi suspek bertindak terjun ke dalam sungai selepas pihak polis berjaya memintas kenderaan mereka pada pukul 6.55 pagi berhampiran Jambatan Kuala Dungun.

Pemeriksaan polis menemui kabel milik Syarikat Telekom Malaysia sepanjang kira-kira 44.2 meter di belakang lori tersebut yang dipercayai dicuri suspek.

Maizura berkata, pihaknya turut mencari kedua-dua suspek di sekitar kawasan kampung berdekatan.

“Kita juga meminta kerjasama penduduk kampung untuk menghubungi pihak polis sekiranya terlihat individu yang mencurigakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya