Dr. Ahmad Hata Rasit Naib Canselor Unimas yang baharu

Dr. Ahmad Hata Rasit Naib Canselor Unimas yang baharu

PROF DR. AHMAD HATA RASID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr. Ahmad Hata Rasit dilantik sebagai Naib Canselor baharu universiti itu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang Facebook rasminya baru-baru ini berkata watikah pelantikan itu disampaikan kepada Dr Ahmad Hata oleh Menteri KPT Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dr Ahmad Hata mengambil alih jawatan Datuk Profesor Dr Mohamad Kadim Suaidi dan akan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa dari 8 Jan 2024 hingga 7 Jan 2027.

“Pelantikan beliau dilihat sebagai meneruskan agenda menjadikan universiti lebih mudah diakses rakyat selain menyumbang kepada pembangunan Sarawak melalui kerjasama strategik dengan kerajaan negeri dan persekutuan.

“KPT juga yakin Dr Ahmad Hata akan meningkatkan status UNIMAS sebagai universiti komprehensif berdasarkan tiga bidang utama iaitu pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar; peningkatan teknologi maklumat, komunikasi dan kreativiti; dan kemampanan transformasi masyarakat,” kata kementerian itu.

Dr Ahmad Hata berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2001.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran organisasi dan pernah memegang jawatan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di UNIMAS selama tujuh tahun mulai 2012.

Sementara itu, KPT mengucapkan terima kasih atas khidmat Dr. Mohamad Kadim semasa mengetuai UNIMAS sebagai naib canselor keenamnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya