JOHOR BAHRU: Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Bella pada 14 Disember tahun lalu akan dituduh pada pukul 9 pagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perkara itu dimaklumkannya dalam satu kenyataan semalam. Pada 21 Januari lalu,…