Al-Maqari juara Pentas Marhaban - Utusan Malaysia

Al-Maqari juara Pentas Marhaban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Al-Maqari menepati ramalan apabila diumumkan juara Pentas Marhaban TV AlHijrah yang berlangsung malam semalam.

Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan itu pulang dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara pula disandang kumpulan Qalbun Hadi yang membawa pulang RM25,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Al Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih hadiah sagu hati berupa wang tunai RM10,000.

Tugasan akhir program realiti itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Pentas Marhaban yang bersiaran selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya juri tetap, Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.

Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Program tersebut dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya