31,411 calon duduki peperiksaan SPM di Perak - Utusan Malaysia

31,411 calon duduki peperiksaan SPM di Perak

PARA pelajar memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan SPM di SMK Raja Perempuan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 31,411 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 bertulis di negeri Perak bermula hari ini sehingga 7 Mac depan.

Daripada jumlah itu, 27,873 calon adalah mereka di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Perantis Tentera berjumlah 1,332, manakala sekolah menengah agama negeri seramai 83 calon.

Seramai 263 calon adalah daripada sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 1,314 calon persendirian dan 546 lagi merupakan calon daripada sekolah menengah agama rakyat.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, semua pusat peperiksaan atau sekolah telah berusaha memastikan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

“Pihak sekolah pun telah mengambil tindakan seperti pemakluman peperiksaan kepada seluruh warga sekolah, jadual dan takwim peperiksaan telah diedarkan,” katanya kepada pemberita di sekolah SMK Raja Perempuan di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyantuni dan memberi kata-kata semangat kepada 126 calon SPM di sekolah tersebut sebelum memulakan peperiksaan.

Katanya lagi, di Perak juga terdapat seramai 119 calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) seperti masalah pembelajaran, kurang upaya pelbagai, pertuturan, fizikal, pendengaran dan penglihatan selain

Tambahnya, terdapat tujuh orang juga merupakan calon yang mengambil peperiksaan di hospital.

Beliau juga berkata, bermula tahun 2023, KPM buat pertama kali memperkenalkan dan membuka permohonan untuk melantik pengawas peperiksaan SPM daripada kalangan orang awam melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Mengikut pecahan, seramai 112 penyelia kawasan, 323 ketua pengawas, 323 timbalan ketua pengawas dan 1,641 pengawas menjadi kumpulan petugas untuk SPM tahun ini di Perak yang bertugas di 323 buah pusat peperiksaan dan 44 bilik kebal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya