SEREMBAN: Sebanyak RM2.03 juta jumlah tunggakan sewa dicatatkan daripada dua buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan dan disediakan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, dua buah PPR tersebut adalah Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi (PPR Paroi) dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak (PPRT Lobak) di sini. Menurut beliau, di PPR Paroi, jumlah tunggakan sewa bulanan secara keseluruhannya mencecah sebanyak RM1.1 juta, manakala…










