Zizan puji tindakan Kaka Azraff namun akui kena ada strategi - Utusan Malaysia

Zizan puji tindakan Kaka Azraff namun akui kena ada strategi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS : Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, memuji tindakan rakan seperjuangannya, penyanyi, Kaka Azraff yang lantang menyuarakan pandangan mengenai isu Palestin-Israel meskipun dikecam penyokong rejim zionis tersebut di media sosial.

Menurut Zizan, dia sedar setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti mereka berhubung isu semasa.

Bagaimanapun, Zizan berpendapat, setiap individu perlu tahu dan memikirkan akan risikonya terlebih dahulu.

“Pada saya strategi itu terletak pada tangan kita, kalau kita nak berjuang sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita sudah tentu harus berjaga-jaga.

“Kena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.

“Pun begitu saya percaya bahawa Allah tahu niat baik kita, Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Di sini, saya memuji tindakan Kaka yang lantang bersuara,”katanya.

Zizan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Masked Singer Malaysia musim ke-4 yang berlangsung di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sementara itu, aktor berusia 39 tahun itu berkata dia lebih selasa untuk tidak terlalu menunjukkan semangat solidaritinya kepada umum.

“Saya pun berjihad tapi saya tidak uar-uarkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya dengan cara sendiri, bagi saya itu sudah cukup.

“Bila mendengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia. Tetapi rezeki milik Allah, kalau Kaka rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah. Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang nak pilih jalan untuk lantang bersuara seperti itu,”katanya.

Sebelum ini kecoh apabila muncul khabar angin penyanyi, Kaka Azraf, bakal ditamatkan kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia. 

Insiden tersebut bermula apabila Kaka atau nama telah meninggalkan sebuah komen kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic yang mempersoalkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin minggu lalu.

Tindakan Kaka membuatkannya disenarai dalam Instagram Jew Hate Database, iaitu sebuah media sosial khas kelompok penyokong Israel.

Bagaimanapun, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan hari ini telah mengumumkan penamatan kontrak penyanyi tersebut secara rasmi ekoran kontroversi yang melanda.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.