YBR terima anugerah tertinggi CSR

YBR terima anugerah tertinggi CSR

EWON Benedick (dua dari kiri) menyerahkan Anugerah Kategori Khas kepada YBR yang diwakili oleh Philip Benedict Lasimbang sambil disaksikan  Syaiful Rizal Abdul Ghani. - IHSAN/YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah tertinggi tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Anugerah Khas Champion CSR Award 2023 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, penerimaan anugerah tersebut adalah atas kemampuan inisiatif yang dijalankan pihaknya dalam meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Kata beliau, usaha tersebut dilakukan YBR melalui pendidikan dan program-program kemasyarakatan sepanjang tahun bagi memastikan mereka yang tidak bernasib baik menerima bantuan sepatutnya.

Beliau berharap penerimaan anugerah tersebut menjadi penanda aras untuk YBR terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan juga agama.

“Pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kredibiliti YBR secara domestik.

“Kami sentiasa menggandakan usaha dan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis anugerah tersebut diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Yang hadir sama Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Philip Benedict berkata, YBR membelanjakan sebanyak RM28.02 sepanjang tahun 2022 untuk peruntukan bantuan bagi pendidikan dan masyarakat.

Tambahnya. penghormatan yang diterima itu merupakan impak positif atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.

“YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya