Warga emas maut selepas rempuh premis restoran

Warga emas maut selepas rempuh premis restoran

KEADAAN kenderaan yang dipandu mangsa merempuh pintu sebuah premis restoran di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu Sarawak pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang lelaki warga emas yang mengalami sesak nafas lalu merempuh pintu di sebuah premis restoran di Jalan Ling Kai Cheng di sini disahkan meninggal dunia. 

Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9:30 pagi semalam selepas mangsa yang berusia 90 tahun selesai mengisi minyak kenderaannya. 

“Mangsa dikatakan baru sahaja selesai mengisi minyak kenderaannya dan ketika mahu meneruskan perjalanan, mangsa dipercayai sesak nafas lalu tertekan pedal minyak pada keretanya.

“Akibat daripada itu, kereta yang dipandunya merempuh sebuah premis restoran KFC di sini,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang berada di lokasi kejadian bergegas menghulurkan bantuan kepada mangsa. 

“Pekerja stesen minyak kemudiannya membuka pintu kereta dan mendapati seorang pemandu lelaki warga emas dalam keadaan sesak nafas.

“Orang awam yang berada di lokasi kemudian membantu menghantar mangsa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sibu pada pukul 10.16 pagi, semalam,” jelasnya.  

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN