UMNO wajar timbang kerjasama dengan Pas - Utusan Malaysia

UMNO wajar timbang kerjasama dengan Pas

MOHD. YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pimpinan UMNO wajar mempertimbangkan tawaran Pas untuk menghidupkan semula muafakat politik antara kedua-dua parti itu demi penyatuan Melayu dan umat Islam.

Veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, ini kerana dari segi organisasi parti, UMNO merupakan parti yang mempunyai pentadbiran yang tersusun serta mempunyai penyokong di peringkat akar umbi.

”Atas nama penyatuan Melayu, pemimpin UMNO wajar pertimbangkan untuk menghidupkan kerjasama politik bersama Pas.

”Sebelum ini juga wujud Muafakat Nasional (MN) antara Pas-UMNO, dan kalau mahu dihidupkan semula tidak ada salahnya pemimpin UMNO timbang tawaran Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Pas sentiasa terbuka menerima UMNO bersama dalam Perikatan Nasional (PN) demi semangat penyatuan ummah sekali gus bakal menguatkan lagi gabungan berkenaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas tidak pernah menutup pintu atau rundingan kerjasama dengan UMNO dan tidak pernah menganggap parti itu sebagai musuh.

Menurut Mohd. Yussof, pemimpin UMNO perlu melihat penyatuan Melayu dan Islam sebagai perkara penting  yang perlu mereka pertahankan demi masa depan orang Melayu.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Pas mahu membuka ruang untuk kedua-dua parti itu bekerjasama semula, pemimpin Pas perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan UMNO.

“Sebagai contoh kenyataan Mursyidul Am Pas yang menyatakan UMNO ibarat kanser tahap lima, itu satu kenyataan yang sombong daripada pimpinan Pas, tak boleh begitu.

”Pas pun menang tiga negeri dalam pilihan raya lalu dengan bantuan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jadi mereka tidak boleh sombong dan nafikan jasa Bersatu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya