Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian letupan Gunung Merapi, Indonesia

Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian letupan Gunung Merapi, Indonesia

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Merapi di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia.

Ia susulan letusan Gunung Merapi yang tercetus pada 3 Disember lepas dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kementerian memaklumkan, mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang terletak di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Indonesia.

Selain itu, mereka boleh menghubungi talian +62 61 4531342 dan +62 61 4523992 serta emel [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya