SIK: Seorang ibu beberapa kali melihat bayangan anak perempuannya yang kelihatan cantik sebelum dia maut dalam kemalangan di Kilometer 118.5 Lebuhraya Utara-Selatan di Bertam, Pulau Pinang, kelmarin. Menurut Mohamad Jusoh, 65, isterinya, Norizan Saad, 63, sering ternampak bayangan anak keenam daripada tujuh beradik, Allahyarham Munirah Mohamad, 24, itu sebelum ini. “Isteri saya nampak anak lebih cantik berbanding hari-hari biasa, namun tidak mengesyaki apa-apa. Rupa-rupanya ia petanda Munirah akan pergi buat…