Tedung selar agresif di sebalik rak dapur

Tedung selar agresif di sebalik rak dapur

ULAR tedung selar yang bersembunyi di sebalik rak dapur rumah penduduk di Kampung Tanjung Besar, Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Pasukan bomba berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang bersembunyi di sebalik rak dapur sebuah rumah penduduk di Kampung Tanjung Besar, pada pukul 1.45 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada penduduk sebelum sepasukan tujuh anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati ular tedung selar sepanjang lebih empat meter itu bersembunyi di sebalik rak dapur dan bunyi dengusannya menyebabkan kehadirannya disedari pemilik rumah berkenaan.

“Anggota cuba menangkap ular tedung selar itu dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular, namun ia bertindak agresif serta cuba menyerang sebelum reptilia itu berjaya ditangkap kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zulkhairi berkata, orang ramai diingatkan tidak bertindak sendirian jika terserempak ular tedung selar ataupun spesis berbisa lain kerana reptilia itu berbahaya kepada manusia disebabkan gigitannya boleh membawa maut sekiranya lambat mendapatkan rawatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN