MARAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta segera mengatasi isu harga beras berharga ‘kayangan’ yang terus mencengkam kehidupan rakyat. Tinjauan Utusan Malaysia di Temerloh, Jerantut dan Maran mendapati, hanya beras import dijual di kedai runcit dan pasar raya sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna ke mana ‘hilangnya’ beras tempatan. Rata-rata pengguna yang ditemui turut mempersoal ketulenan beras import dijual atau ia hanya ditukar bungkusan daripada beras tempatan demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Seorang peniaga restoran, Meor Shahriman Ghafar berkata, beras pelbagai jenama lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya