BESUT: Seorang pemuda tidak menyangka usahanya menanam ubi kayu secara sampingan membawa pulangan lumayan apabila mampu menjualnya empat tan metrik sehari pada musim Monsun Timur Laut. Muhamad Azizan Mat Zin, 30, berkata, dia mengusahakan tanaman itu bersama sepupunya, Mohd. Taufik Abd. Rahim, 29, di Kampung Amir di sini dan mula menjualnya sejak dua minggu lalu. Katanya, ia dijual RM3 bagi satu kilogram manakala harga borong pula RM1.50 sekilogram. “Saya tidak…