ALOR SETAR: Walaupun bergelar ‘Jelapang padi negara’, ia bukan jaminan untuk penduduknya mendapatkan beras tempatan dengan mudah. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis di sini mendapati, beras import pelbagai jenama masih kekal mendominasi keseluruhan rak jualan sama ada di pasar raya atau kedai runcit sejak September lalu. Malah, jika terdapat penjualan beras tempatan, bekalan itu ibarat ‘pisang goreng panas’ kerana pembeli terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan beras berkenaan bagi kampit 5…