Selangor teliti hak milik tanah Jalan Rantau Panjang Kanan - Utusan Malaysia

Selangor teliti hak milik tanah Jalan Rantau Panjang Kanan

Rantau Panjang
AMIRUDIN Shari mendayung sampan menuju ke lokasi perasmian Karnival Ban Canal 2023 dekat Parit 14, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor akan meneliti faktor hak milik tanah penduduk Jalan Rantau Panjang Kanan, Bestari Jaya yang kerap dilanda banjir kerana berada berdekatan tebing Sungai Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya perlu memeriksa terlebih dulu status tanah di kawasan tersebut.

“Saya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya terutama berkaitan soal menyediakan penempatan baharu kepada penduduk.

“Keadaan itu bergantung dengan kawasan dan hak milik tanah. Jika ia hak milik (kerajaan negeri), sudah pasti kita boleh gantikannya,” katanya selepas merasmikan Karnival Ban Canal 2023, hari ini.

Kira-kira 70 penduduk melibatkan 15 buah rumah di kawasan itu dilaporkan wajar dipindahkan ke lokasi perumahan baharu bagi mengelak terus menjadi mangsa banjir.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan penduduk kawasan tersebut berisiko dilanda banjir disebabkan kediaman mereka hanya terletak kira-kira 10 meter dari tebing Sungai Selangor.

Isu berkenaan sudah dibawa kepada kerajaan negeri sejak pentadbiran bekas Menteri Besar yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Amirudin menjelaskan, beliau juga akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Dzulkefly mengenainya.

“Kita akan telitinya dahulu sebelum mengambil langkah lanjut bagi menyelesaikan masalah itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya