Sektor kesihatan semakin tenat jika ramai pegawai perubatan

Sektor kesihatan semakin tenat jika ramai pegawai perubatan letak jawatan

Doktor kontrak interim ambil kira gaji akhir. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu pegawai perubatan yang meletakkan jawatan perlu dipandang serius kerana perkara tersebut akan memberi kesan kepada sektor kesihatan di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap hartal doktor kontrak berkata, perkara ini boleh mengurangkan produktiviti serta boleh membahayakan pesakit.

“Kekurangan doktor bermakna seorang doktor terpaksa memberi rawatan kepada lebih ramai pesakit dalam tempoh waktu bekerja.

“Oleh itu, sesi rawatan dan pemeriksaan akan jadi lebih pendek dan ada kemungkinan tidak dapat membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan terperinci” ujarnya. 

Menurut beliau,  terdapat dua faktor utama peningkatan jumlah pegawai perubatan yang meletakkan jawatan iaitu faktor  ‘push dan pull factors’.

“Bagi faktor menolak , beban kerja yang semakin bertambah, rasa tidak dihargai oleh Kementerian Kesihatan  faktor buli di tempat kerja dan gaji yang tidak setimpal dengan jumlah waktu bekerja

Pull factor atau faktor yang menyebabkan doktor menyertai sektor swasta adalah disebabkan keseimbangan kehidupan kerja dan gaji yang setimpal” katanya ketika dihubungi. 

Berdasarkan jawapan Kementerian Kesihatan kepada Dewan Rakyat, bagi tempoh tahun

2018 hingga tahun 2022 iaitu selama lima tahun, jumlah pegawai perubatan yang meletakkan jawatan adalah seramai 6,036 orang atau purata 1,207 setahun.  

Daripada jumlah ini, pegawai perubatan tetap yang meletakkan jawatan adalah seramai 2,760 orang, manakala pegawai lantikan kontrak yang meletakkan jawatan adalah seramai 3,276. 

Antara alasan peletakan jawatan yang diberikan adalah untuk bekerja di sektor swasta, badan berkanun seperti dilantik sebagai pensyarah universiti, masalah kesihatan dan atas sebab-sebab peribadi.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kira-kira  3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak meletak jawatan sejak 2017 hingga 2022.

Bagi 2022 sahaja, beliau berkata, seramai 1,354 atau 4.58% daripada keseluruhan 29,548 doktor kontrak meletak jawatan.

Sehubungan itu, jurucakap hartal doktor kontrak mencadangkan supaya mengurangkan kerja-kerja yang bersifat bukan klinikal supaya doktor lebih fokus dalam merawat pesakit. 

“ Kurangkan kerja bersifat kertas kerja dan tambah slot doktor tetap supaya doktor kontrak tidak berhenti” ujarnya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya