Seekor anjing pengesan periksa aras tiga, empat blok R

Seekor anjing pengesan periksa aras tiga, empat blok R

SEEKOR anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai melakukan pemeriksaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM)  tiba melakukan pemeriksaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Anggota Unit K9 dilihat tiba di lokasi dan mula membuat pemeriksaan di  Blok R apartmen terbabit kira-kira pukul 5.10 petang.

Bersama seekor anjing pengesan, anggota Unit K9 kemudian dilihat memasuki Blok R bersama beberapa anggota polis.

Utusan Malaysia difahamkan, pemeriksaan itu dilakukan di aras tiga dan empat blok kediaman keluarga Zayn Rayyan. 

Selepas kira-kira 25 minit, kumpulan anggota polis bersama anjing pengesan dilihat selesai menjalankan pemeriksaan sebelum meninggalkan lokasi pada pukul 5.40 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya