Saya terkejut, pejabat menteri kosong, tak ada orang boleh berurusan - Chegu Bard

Saya terkejut, pejabat menteri kosong, tak ada orang boleh berurusan – Chegu Bard

Chegu Bard
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung kenyataannya berunsur fitnah membabitkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Chegu Bard ketika ditemui hari ini berkata, beliau bersedia menerima LOD berkenaan, malah langsung tidak gentar dengan surat tuntutan itu.

“Saya buat keputusan hari ini untuk hantar mesej kepada menteri dan hadir sendiri ke pejabatnya untuk terima surat tuntutan itu.

“Semalam saya dimaklumkan beliau (Nik Nazmi) sudah bagi LOD kepada saya. Saya buat carian di internet dan jumpa kenyataan rasmi menteri kata sudah serah kepada Chegu Bard cuma saya tak tahu Chegu Bard yang mana yang dia serah,” katanya ketika ditemui di lobi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Nik Nazmi menerusi peguamnya akan menyerahkan LOD kepada Badrul Hisham supaya menarik balik serta-merta dan memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya berunsurkan fitnah membabitkan projek RTB.

Nik Nazmi memaklumkan surat tuntutan terbabit sudah diserahkan kepada Badrul Hisham berhubung dakwaan kes rasuah RTB bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Dalam pada itu, Chegu Bard berkata, beliau dimaklumkan sendiri oleh seorang pegawai kementerian bahawa surat tuntutan itu sudah dihantar menerusi pos hari ini.

“Hari ini, pegawai kementerian yang turun, bukan pegawai pejabat menteri, saya dimaklumkan dan terkejut, pejabat menteri kosong, tak ada orang yang boleh berurusan.

“Nik Nazmi maklumkan kepada pegawai kementerian, mereka kata dah hantar hari ini melalui pos berdaftar, maknanya baru nak hantar. Wahai Nik Nazmi cukup-cukuplah menipu kata sudah serah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya