Saya percaya itu teknik kamera - Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Saya percaya itu teknik kamera – Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham, berpendapat adegan cium yang tular dalam drama W: Two World hanyalah permainan teknik kamera.

Menurut Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, penghasilan adegan tersebut boleh disamakan dengan babak bertumbuk di dalam filem yang boleh dibuat tanpa melibatkan sentuhan.

“Saya sendiri berlakon dalam siri itu namun tidak melihat pembikinan babak tersebut.

“Cuma berdasarkan video dan gambar, ia hanyalah teknik kamera yang menampakkan jarak mereka dekat. Saya percaya tiada sentuhan.

“Sama seperti babak bertumbuk, kalau pandai bermain ‘angle’, orang akan ingat pelakon betul-betul tumbuk dan lempang. Tapi sebenarnya pelakon tak kena pun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jelasnya, setiap pengarah, termasuk Datuk Yusry Abdul Halim mempunyai alasan
disebalik tindakannya mengekalkan adegan itu di dalam naskhah tersebut.

“Saya percaya Yusry sebagai pengarah tidak akan buat kerja begini untuk dapatkan publisiti murahan.

“Ia mungkin metafora, atau kerana naskhah asalnya ada adegan tersebut. Seorang pengarah punya sebab untuk kekalkan babak itu.

“Kalau saya kena buat adaptasi, saya akan fikir perlu atau tak buat babak itu. Karya dan seni adalah sesuatu yang sangat subjektif,” tambahnya.

Sebelum ini, tular kontroversi apabila adegan ciuman berlapik antara pelakon Hun Haqeem dan Daiyan Trisha menimbulkan perasaan kurang senang sesetengah penonton.

Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu menceritakan sebuah kisah romantik daripada siri adaptasi drama terkenal Korea Selatan dengan judul yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN